20091126

PAPER ITU SUSAH , SEKS PUN TAKDA LAH SUSAH CMNI .

4 paper sudah selesai , tinggal lagi 4 paper untuk dijawab .

Kehidupan makin tidak terurus , rutin harian macam biasa akan diteruskan sampai 10hb 12 . Nak tak nak kena teruskan juga kata nak berjaya kena la berkorban sedikit .

Betul kata para pendidik , STPM peperiksaan no 3 tersusah di dunia .

Itu sahaja khabar gembira , selain ucapan Selamat Hari Aidiladha .

20091121

SELAMAT TINGGAL , SOK NAK PERGI UK DOA AKU BERJAYA .

Masa terluang, terbuang.

Aku rasa dah tiba masa aku nak berehat dari dunia blog ini . Masa aku terbuang bergitu sahaja terasa kehibaan dengan sekeliling aku .

Aku perlu mengurus keperluan dan kehendak aku untuk bersiap pergi ke UK ini . Jangan risau aku pergi bersama teman-teman aku bukan keseorangan .

Mungkin sehari,seminggu atau sebulan aku akan membawa diri . Aku akan membawa khabar gembira kepada kalian semua yang selalu singgah blog ini sebagai blooger tegar atau silent reader sebaik sahaja aku selesai urusan aku di UK ini . Terima kasih .

p/s 23hb 11 hingga 10hb 12 STPM di SMK.ULU KINTA (UK)

20091120

ADA BENDA AKU NAK KONGSI , HM MALU LAH .

Selamat pagi , apahal aku bangun pagi-pagi ini buka lappy aku ni . Sebenarnya aku nak menulis , update blog kata orang. Karang ada class pukul 8 ini , maknanya aku kena siap-siap proses lama sedikit hari ini nak 'mandi sahaja' lagi .

Tapi , aku nak tulis juga . Banyak benda aku nak tulis sekarang ! bak kata iklan potong bukan bak kata iklan astro dulu-dulu macam-macam ada (al-fatihah kepada pakcik astro itu).

Macam-macam nak tulis .

Nak tulis tentang itu , nak tulis tentang ini macam-macam ibarat kata sekeliling lah senang merangkumi semua aspek manusia,kehidupan dan alam .

Ada benda aku nak tulis ini .

Tapi , internet down . Putus harapan damn it . Dah aku nak pegi 'mandi sahaja' internet ini asal aku online down je memajang !!!

20091119

JANGAN FIKIR SEKS NANTI SEMANGAT TERLEBIH .

conversation berlaku ,

aku ; weh aku takda semangat nak study lah dok fikir exam isnin ini . insomnia ini .
rakan ; haha . tenang lah kawan , kalau nak bersemangat kembali cuba ko try study guna "PENDEKATAN SEKS" untuk detik-detik terakhir ini .
aku ; SEKS ? ko nak suruh aku tengok porno ape . weh jangan nanti ilmu aku lari tengok benda itu .
rakan ; bukan lah cuba ko fikir orang malam pertama kalau nak ehm ehm sure semangat nak main . kalau ko ambil pendekatan itu , mesti semangat nak study . Time exam nanti kira klimaks lah , tulis output (isi) kat kertas itu nanti tapi jangan lupa sebut ahhh x3 tandanya puas kerana boleh menulis input yang baik (isi) . hahaha .
aku ; haha , sakai .

Formula study yang berkesan untuk detik-detik terakhir iaitu
SEKS+STUDY = SEMANGAT !

20091116

KALAU SANGAP JANGAN BUKA TAPI MELIHAT TAK APA .

Pagi ini , buka nuffnag check trafik jatuh menjunam damn it . Abaikan, aku tahu sebab apa trafik jatuh menjunam , buka keyword search jumpa ini menakutkan .

Click , untuk melihat lebih dekat .



Setahu aku , post aku sejak kebelakangan ini kebanyakan berunsur ayat motivasikan diri tak aku sangka post berkaitan lucah atau porno mendapat tempat dihati silent reader atau blogger yang membaca blog ini mendapat hit yang tertinggi berbanding post lain .

Post cinta ? haha , no comment aku bukan pakar cinta ! tetapi melihatkan keyword itu ramai juga yang membaca post berkaitan dengan cinta ini .

Kesimpulannya , berdasarkan pemerhatian terhadap keyword search dapat diandaikan bahawa topik lucah atau porno dan cinta mendapat tempat dihati silent reader atau blogger . Otak kuning sangat meransangkan otak !

20091115

SILENT MAKE ME FEEL DAMN DAMN GOOD .

" hm kenapa lah makin nak dekat exam ini pelbagai masalah mengangu pemikiran aku ini" monolog dalaman .

Ini bukan masa untuk kau merugut fezal , masalah itu kecil je jangan bagi "complicate" . Daripada kau fikirkan masalah yang tidak seberapa itu baik kau tumpukan perhatian kepada final exam kau minggu depan itu lagi penting . Lepas exam nanti fikir masalah kau itu , cari jalan penyelesaian . ayat motivasikan diri .

Mood totally ready for STPM , bring on !

20091113

BILA SETAHUN SETENGAH MENGHAMPIRI DETIK TERAKHIR AKU TENANG UNTUK MENGHADAPINYA .

23hb 11 tarikh dinantikan sebelum mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia . Pada detik sekarang perkataan bersedia untuk menghadapinya harus dilontarkan bukannya perkataan tidak bersedia lagi .

Banyak perkara aku belajar semasa aku bergelar pelajar Pra-U ini begitu banyak sekali . Kepada para pengajar terutama para guru di tingkatan 6 , saya mintak maaf mungkin dahulu blog ini dijadikan tempat untuk memberi pandangan negetif tentang teknik pengajaran yang diajar oleh para guru tetapi percaya dalam hidup ini musti ada kontras dan kontra perbezaan pendapat itu akan melahirkan insan yang lebih kretif dapat berfikir diluar kotak pemikiran bukannya seperti katak dibawah tempurung . Terima kasih kepada para guru yang mendoakan kejayaan pelajar sesungguhnya ilmu yang cikgu berikan itu akan mendapat keberkatan dari Illahi .



Disini juga , aku ingin memintak maaf kepada rakan-rakan di tingkatan 6 selama aku berkenalan dengan kalian semua . Mungkin sikap aku agak kasar dari segi bahasa , tingkahlaku ku , jarang nak beri komitmen dan sebagainya . Aku menghargai selama aku berkenalan dengan kalian semua baru aku mengenali apa itu erti persahabatan sebenar . Aku cuma boleh berharap kalian semua dapat keputusan yang cemerlang mengingati segala input dan lontarkan output di kertas peperiksaan nanti serta meneruskan perjalanan hidup kalian semua . Terima kasih atas segalanya .

Tiba masa kepada diriku ini untuk membuktikan bahawa pengorbanan aku menolak tawaran U pada satu ketika lalu adalah berbaloi dengan meneruskan pelajaran aku di tingkatan 6 ini . Insyallah .

P/s dlm gambar fezal mohd dimana ? haha