Heartbeat mak naik turun 40-60 , kemudian dalam pukul 3 petang heartbeat jatuh kepada 20.
Doctor : saya nak check makcik dulu, mintak semua keluar wad dulu.selang 5 minit kemudian.
Doctor : saya mintak maaf, makcik dah pergi.
satu perasaan tak dapat digambarkan, hanya Tuhan sahaja yang tau bagaimana perasan itu. Mak dah pergi untuk selamanya, Malaikat dah tarik nyawa mak. Al-Fatihah.
Saat mak sedang bertarung dengan nyawa, aku ada disisi mak dengan mengucap dua kalimah syadah "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah".
4 orang wanita ahli syurga yang bakal menjadi ketua wanita.
Maryam Binti Imran (Ibunda Nabi Isa As)
Ketua bagi wanita yang masuk syurga kerana rajin beribadah dan memelihara kesucian diri.
Asiyah Binti Muza (Istri Firaun)
Ketua bagi wanita yang masuk syurga kerana tetap dengan agama walau disiksa oleh suami sendiri.
Khadijah binti Khuwailid (Istri Nabi Muhammad Saw)
Ketua bagi wanita yang masuk syurga kerana taat kepada suami serta ikhlas menggunakan harta benda ke jalan agama.
Fatimah binti Muhammad (puteri kesayangan Rasulullah)
Ketua bagi wanita yang masuk syurga kerana taat kepada ibu bapanya.
Bawah siapa yang layak arwah mak masuk nanti? Pada 15 July, arwah mak dimandikan , dikafan dan disemadikan di kubur .
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Semoga arwah pergi keadaan yang tenang .
2 comments:
takziah tuk kuarga. moga arwah tenang disana. harap tabah
takziah.
Alfatihah. semoga mak ditempatkan di kalangan mereka yang beriman
Post a Comment