STOP CHILD ABUSE - 100 000 HAND !

Penderaan kanak kanak merupakan satu aktiviti jenayah yang dianggapkan tidak perikemanusiaan terhadap kanak kanak . Penderaan kanak kanak boleh dikategorikan kepada beberapa jenis antaranya ialah penderaan fizikal kanak kanak , penderaan mental kanak kanak dan penderaan seksual kanak kanak . Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun .

Tahap kesedaran untuk melindungi kanak kanak masih ditahap yang rendah . Ini diakui kerana mengikut statistik menunjukkan peningkatan kes penderaan di negara kita kian meningkat.

Contoh statistik yang dikeluarkan oleh UNICEF Malaysia



UNICEF baru baru ini telah melancarkan kempen 'Get on Board , stop child abuse' dalam misi untuk mendapat 100 000 'tangan' tanda sokongan daripada rakyat Malaysia . Usaha ini dilakukan untuk melindungi kanak kanak daripada penderaan . Kini , peratus yang memberi sokongan adalah rendah kurang daripada 20 % . Ini diakui oleh pihak UNICEF .

Setakat pada pukul jam 9 malam , 23hb 11 2010



Usaha ini tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat tanda sokongan daripada rakyat Malaysia . Kes penderaan kanak kanak harus dihentikan kerana kanak kanak merupakan generasi akan datang yang akan memimpin negara kita kelak .

Antara peranan yang boleh dilakukan oleh individu dan masyarakat adalah

1. Menelefon 15999 sekiranya terdapat penderaan terhadap kanak kanak berlaku .
2. Melindungi kanak kanak sekiranya terdapat tanda tanda penderaan berlaku .
3. Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penderaan kanak kanak melalui medium yang betul seperti kempen ini .
4. Mengajar kanak kanak apa tindakan perlu diambik sekiranya berlaku penderaan .
5. Mengadakan kempen kesedaran di sekolah sekolah .

unicef

clik untuk ke laman unicef .


Kesimpulan ,

Masyarakat seharusnya memainkan peranan yang penting untuk menghentikan jenayah yang dianggap tidak perikemanusiaan . Tanpa sokongan masyarakat benda ini tidak akan berjaya . UNICEF merupakan badan yang banyak memainkan peranan dalam menghentikan perbuatan tidak perikemanusiaan ini . Sebagai tanda kita menyokong usaha yang dijalankan oleh pihak UNICEF ini , marilah kita menjadi sebahagian daripada 100 000 tandatangan untuk menghentikan child abuse ini .

Pesanan ,



Notakaki : kalau lisa surahani , fara fauzana boleh dapat fan page dekat facebook lebih daripada 100 000 takan benda ini tak boleh ?

3 comments:

INNANIE ARIFFIN said...

saya sokong ini~ jom tgk pic kat blog sy plak pasal child abuse!

Yana said...

betol2.. kurg kan kalau pasal2 nih

Ainee Cumi said...

Beta dah klik