Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal. - Pandangan gua

Hi semua .

Gua tertarik dengan penulisan dari Hilal Asyraf .

Petikan ,

"Jika disebutkan cinta kepada saya, saya memahaminya sebagai ‘untuk bersama ke syurgaNya’. Tiada lain. Untuk saya, ‘apa-apa sahaja yang membawa kepada neraka Allah SWT’ itu bukan cinta. Definisi cinta inilah yang saya pakai, dan saya kira, kita semua patut lihat bahawa inilah dia cinta. Kerana, apabila kita menyatakan bahawa kita kasih, kita sayang kepada seseorang, adalah amat mustahil kita hendak mencederakannya, menyakitkannya, melukakannya. Semestinya kita mahu memberikan yang terbaik kepadanya. Maka apakah ‘terbaik’ yang sebenarnya selain syurga Allah SWT? "Hilal Asyraf

Apa sebenarnya definisi cinta itu ?

Yea definisi cinta itu banyak maksudnya , gua meminjam ayat sahabat gua "Kau bicara kau perlukan teman, mengisi kekosongan hidup dan membuang kelaraan. Tetapi apakah kau telah bersedia mempersiapkan diri untuk membawanya ke SYURGA, dan dari neraka menjauhkan?"


Pernah kau mneyoalkan pasal akhirat kamu terhadap pasanganmu , kamu menjanjikan semuanya indah kepada pasangan kamu . Menyatakan hidup mati kita adalah bersama . Pernah kau menyatakan hidup mati kita bersama kerana Allah S.W.T ? Pernah tak ? Ini kerana hidup mati kerana Allah S.W.T adalah menuju cinta yang paling suci disisi Ya Maha Agung .

Apa yang dimaksudkan cinta sebelum kawin ?

"Cinta sebelum kahwin yang sebenar pada saya adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan. Itulah dia cinta sebelum berkahwin.

Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan mempersiapkan diri. Akan meletakkan target, bila hendak berkahwin. Orang yang benar cinta akan pasangannya, akan berta’aruf dan merapatkan diri dengan ayah dan ibu bakal isterinya." Hilal Asyraf




Pernah kau memikirkan kebaikan cinta sebelum kahwin ?

Pernah ?

Ingat , tidak salah bercinta sebelum kawin . Sentiasa berdoa , DOA adalah senjata utama bagi sesorang untuk kuat semngat dalam segala hal yang menimpa . Orang yang sentiasa berdoa sentiasa mengingati tuhan . Cintanya bukan berlandas nafsu semata mata insyallah cinta berlandaskan cinta kepada pencipta-Nya iaitu cinta yang diberkati oleh pencipta-Nya .

Kenapa anak muda tidak menghargai cinta dari sudut islam ?

Yea ini kerana kita manusia sering melakukan kesilapan , mudah terhasut dengan bisikan kesetanan yang berada disekeliling kita . Anak muda segera la bertaubat kalian . Masih belum terlambat .

Kalau kita berdosa semalam dan alpa sehingga tidak bertaubat kepadaNya,
bila kita diberikan hari ini,
maka berubahlah.
Sesungguhnya itu tanda Allah masih sayangkan kita.
Esok belum tentu ada .


Petikan , Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal .

Notakaki : tidak salah cinta sebelum kawin , kita perlu kawal emosi dan perasaan . sentiasa berdoa , kerana cinta itu datang bila bila masa sahaja . Kita hanya mampu merancang hanya tuhan menentukan . Cinta menjadi seseorang itu lebih matang untuk menghadapi kehidupan , sentiasa mengingati antara satu sama lain .

Notakaki : Indahnya cinta tuhan berikan kepada kita . Hargailah .

2 comments: