22 oktober 2012
Adoi , 23 oktober petangnya aku ada mid term paper . Alahai . berbekalkan air milo panas dan biskut kering sambil menghadap nota nota aku aku tidak fikir langsung sambutan ritual untuk diri sendiri .
tet tet . bunyi handphone aku . aku capai sambil baca . Petang nanti kita keluar nak ? tak ambik masa awak lama pun . kata si dia . okay awak boleh sahaja . kita nak pergi mana ?
Gadis yang selalu membuat aku ceria , sering menjadi keutamaan aku dalam apa apa perkara disini .
6 jam sebelum 23 oktober 2012 , petang itu kami keluar .
Awak , saya terpaksa sambut birthday awak awal sebab awak kan ada paper besok , so tak nak ngangu awak study .
Awak . Ya Allah . Terima kasih .
Kadang kadang benda yang kita tak terfikir , orang lain akan buat untuk kita . Kita hargainya . Iya saya terharu even saya takda perasaan , bajet cool dalam hati ini , saya berterima kasih dekat awak . Terima kasih bagi saya present , kek dan dinner sekali .
awak sangat sweeet . Orang pertama wish awal , orang pertama buat birthdays party saya , orang pertama sambutan bersama sama . Terima kasih awak . :)
23 oktober 2012
Alhamdulilah .
Hari ini , 23 oktober 2012 . 22 tahun sudah berlaku . Aku dengan dunia aku sendiri , memerhati sekeliling aku , banyak perubahan berlaku dalam diri ini .
Dua tiga tahun sebelum ini , aku tak mengenali apa itu sambutan hari jadi apabila aku berada di universiti ini . Bagi aku cuma , ia cuma sambutan hari biasa biasa sahaja . Ya , mungkin aku kolot . Jarang nak sambut dengan kawan kawan nyanyi ramai ramai "selamat hari jadi , selamat hari jadi" . Itu bukan diri aku yang sebenarnya tapi ,
Hi Selamat Hari Jadi , HB , Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki !
okay . Aku terharu . Terima kasih sahabat . Kerana memberi ucapan di timeline . Jadi sahabat , Jadi kawan , jadi teman . tanda ingatan , tanda persahabatan kita . :)
Notakaki : selamat hari tua untuk diri sendiri .
3 comments:
wahhh... sweetnyaaaa .. selamat hari lahir ^_^
alololo...i pray ur happiness
#till'd'end. May Allah bless. ily. =)
Post a Comment