Pengalaman hidup aku adalah kunci. Aku takut kalau tak dapat kerja bagus, tak dapat hidup kaya, masih lagi dipandang hina. To the point I realized - siapa sebenarnya aku nak impresskan ni? Manusia lain ke diri sendiri?
Setiap pagi, I always ask myself "Betul ke aku nak jadi aku yang ini?" Dan alhamdulillah lah walau tak kaya, hidup aku jauh lagi senang dari dulu.
Rezeki Allah itu masih ada .
Saya masih percaya lagi kata kata arwah mak saya , "rezeki anak dia yang sorang ini murah" dan rezeki saya terima ini hasil daripada doa arwah mak saya jugak. Saya masih simpan lagi diary dia ada terselit apa jua aktiviti saya seperti exam. Dia selalu mendoakan kejayaan saya.
Persoalan hidup ini bukan semuanya mudah. Tidak Allah jadikan kehidupan manusia itu tiada masalah. Orang yang tiada masalah hidup dia tak faham erti kehidupan yang sebenarnya.
Kenapa perlu persoal hukum Allah?
Bulan keempat , 2015 ini . Saya masih tak berpuas hati dengan attitude life saya sekarang. Banyak lagi benda yang saya tak capai . Soal Perniagaan yang saya buat sekarang Miracle Wellcare Perak dan Fezal Mohd Photography . Soal marry yang akan tiba tak lama lagi.
Saya masih yakin dan teruskan buat apa yang saya suka .
Terima kasih kepada mentor dalam perniagaan saya , bapa saya , arawah mak saya dan mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan saya. Sampai sekarang kalau orang tanya apa yang saya inginkan dalam hidup saya .
Satu je saya nak ,
Awak semua doakan Al-Fatihah kepada arwah mak . Itu dah menjadi hadiah paling saya bersyukur saya pernah dapat dalam hidup saya ini. Ameen.
Fezal Mohd,
11.39 AM , 6 April 2015
No comments:
Post a Comment