Pejam celik kita
sudahpun memasuki pertengahan bulan April dan ini bermakna tinggal lagi dua
bulan lebih sahaja sebelum bulan Ramadhan yang akan tiba pada pertengahan bulan Jun. Jadi, bersempena dengan hari raya yang bakal
menjelma tidak lama lagi apa kata gayakan kasut nike di Pagi Syawal, baru lah raya
hipster.
Apa itu hipster? Hipster
adalah orang-orang yang memiliki penampilan dan gaya hidup yang unik menjadi trend bagi golongan
orang muda sekarang. Trend seperti fesyen hipster, makanan hipster, café hipster dan Raya pun mestilah nak
hipster juga! Menarik bukan. Yes, I'm cool like
that.
Bercakap mengenai raya hipster, semestinya fesyen baju raya dan pilihan
kasut raya yang menjadi tumpuan utama. Bagi kaum lelaki, pemilihan kasut raya
adalah elemen yang paling utama berbanding persiapan yang lain.
Jadi untuk tahun ini, selain bergaya dengan sandal atau kasut yang
lazimnya sering dipakai ketika sambutan Hari Raya seperti loafer atau brogue shoes,
apa kata jika anda bertukar angin dengan menggayakan koleksi Kasut Nike Malaysia.
Jadi, kepada jejaka-jejaka
di luar sana yang inginkan sesuatu yang berbeza di pagi Syawal nanti boleh mengenakan
baju Melayu Hipster dengan kasut Nike di pagi Syawal.
No comments:
Post a Comment